Saturday, November 13, 2010

si playboy berjacket coklat di fast food kegemaran (2)



cheese powder kegilaan ramai


..........Tapi I tak kesah.Customer memang ramai yang macam tu. I paling suke serve orang-orang asing. bukan sebab orang-orang asing tu my taste, but mereka ni tak pernah lokek dengan tips. Ade 1 hari tu...sorang mamat dari jepun bagi I tip rm 20 walaupun I terbuang peta malaysia yang die baru beli sebab I ingat die dah tak guna dah...sampai sekarang I rase bersalah. Walaubagaimana pun, I tetap berbangga dan riak sakan dengan sahabat handai yang lain sebab I dapat tip banyak...diorang tak dapat.



I pun tolak la pintu staff only tu dengan niat murni nak mule mengemop. Baru bukak pintu... telinge I disajikan dengan nyanyian Ganesh, si pekerja kitchen dari Nepal yang baru belajar lagu Aspalela pagi tadi. Dia tak faham sangat bahasa melayu..tapi sangat fasih bahasa inggeris.terror tak terror. I rase, agak lame jugak la I lepak office sebab sempat jugak la I tolong Kelly mengarang surat letak jawatan sebab dia dah merajuk dengan Miss Tan, manager kami yang bermulut pedas dan garang tu. Tapi bile I keluar, I tengok tak ade sape-sape pun sudi melayan tiga jejak tersebut.


I pun kesian, so I meng-volunteerkan diri mengambil order mereka. Seperti biase... I pun melontarkan dialog yang wajib para waitress cakap bila nak mengambil order " Hai! nama saye amira..boleh saye ambil order?" I pun tak tahu kenapa perlunye I beritahu name I. Tapi dah manager suruh buat mcam tu, I ikut la..nanti kena ugut potong gaji bulan depan lagi. Lepas I cakap je...ada 4 biji mata pandang ke arah I. Tapi 2 biji mata milik budak sombong tu tak tersenarai. Mereka berdua mula tersengih-sengih lalu tanye I ape yang sedap. Laaaaa............semua sedap bang! Tak kan la saya nak cakap tak sedap pulak.Bankrap la restoran fast food ni nanti..I dengan petahnya berkata-kata dalam hati jela.



tapi dalam realitinya, I cakap.."Selalunya..ramai orang order pizza super supreme sebab topping die paling banyak variety..bla bla bla " I jelaskan dengan penuh sopan santun. habis je I cakap..si budak sombong tadi pandang I. I pun senyum la........dia pandang jugak. I pun senyum jugak. dia pandang jugak....I senyum jugak. " Nak nombor boleh?" Si budak sombong seraya berkata. I PUN TERUS BAGI.





TIPU JE.







I lantas mempraktikkan skil I, reaksi buat-buat-tak dengar dengan harapan si dia akan berputus asa. Tapi alangkah silapnya firasat I, si dia makin rancak meminta nombor. Kawan si dia pulak rancak mengorder makanan. Kepala I agak berserabut sebab terlalu banyak dialog yang perlu I dengar. Mujurlah telefon si dia berbunyi. Rasenye dah kena bagi name lain memandangkan si budak sombong dah tak sombong. So I gelar dia sebagai budak berjacket coklat sebab dia pakai jacket coklat kalau I tak silap.



Apabila budak berjacket coklat sudah di distract, I dengan bahagianya mengambil order dari kawan-kawan budak berjacket coklat tersebut. I berjaya memujuk mereka supaya menambah extra cheese sebab manager I janji nak bagi ice cream free kalau dapat pujuk 5 orang cusomer tambah extra cheese atas pizza. Budak berjacket coklat masih bergayut dengan telefon di tangan kanan. Cara bercakap memang lembut . Mungkin tengah bercakap dengan perempuan.Awek kot. Tapi I teka je. I mane tahukan. Sebelum I dismiss dari meja mereka, I terdengar budak berjacket coklat cakap dalam telefon di tangan kanan, " Eh.....tak la,bukan perempuan mana..waitress je ambik order tadi, dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan....HAAAAH!! sah playboy. Dah ade awek rupenye. Ada hati nak mintak nombor I.....



penat la tulis....nanti sambung lagi ye...........

5 comments:

alexa yussida said...

hehehe..playboy taktik lama...hampeh je kan..kikikiki

alexa yussida said...

hehehe..playboy taktik lama...hampeh je kan..kikikiki

-xdeath said...

hahaha...best jugak cerita ni..
anyway..aku suka cheesy extreme walaupun x pernah try,

MTM said...

alexa yussida: hihih...cite blum abes lg....nnt kan episod aan datag! chewah

xdesth: cheesy extreme ang beu tu ke? same la..x pernah try lg..pizza hut x halal kt sini..cdey je

MTM said...

i bukan playboy........... plz...