Pelik jugak I...rock betul mamat ni.Tapi rupanye I salah tengok. Dia tengah buat sign mintak nombor sebenarnya. Ala....sign yang hello hello tu..yang guna jari kelingking dengan ibu jari tu. I senyum lagi. Nasib baik customer, kalau tak, dah lama kena jelingan tajam I.
Oleh kerana dah tak ada customer lain selain mereka bertiga, I memang dah tak boleh buat taktik konon-konon sibuk layan customer lain. So, nak tak nak I jugaklah yang kena serve. Lagi satu procedure yang kawan-kawan kena tahu, penghantaran makanan ke meja mestilah didahulukan dengan air, diikuti dengan soup, kemudian bread stick dan seterusnya pizza. I tak pernah pulak tanye kenapa kena macam tu, tapi secara logiknya, air perlu sampai lagi awal dari makanan in case kalau customer tercekik, boleh minum air. kemudian soup dan breadstick mesti bersama, sebab customer suka cecah breadstick dalam soup. I pun suka jugak. I selalu cilok breadstick, soup and air pepsi masa break.
Time I hantar air, budak berjacket coklat mintak nombor. I hantar soup, budak berjacket coklat mintak nombor. I hantar breadstick budak berjacket coklat mintak nombor. I hantar pizza pun budak berjacket coklat tu mintak nombor jugak. Dalam hati I, " pehal budak berjacket coklat ni..makan jela pizza tu senyap-senyap." tapi luaran.. I senyum je. Tiba-tiba budak berjacket coklat berhenti membuat aksi hello hello tersebut. Dia mula memanggil nama I, nak mintak cheese powder. Tanpe berfikir walau sejenak pun, I amik la cheese powder, senyum seperti biasa , dan letak atas meja mereka. Rupa-rupanya itu hanya taktik budak berjacket coklat untuk I duduk dekat so dia boleh mintak nombor I lagi. Dah letak, I pun lari la balik. Tapi budak berjacke coklat ni pandai. Ada je taktik baru. Dia mintak I tolong refillkan air pepsi dalam gelas pulak. Bukan sekali atau dua kali ye, 8 kali! 8 times! Dia habiskan air cepat-cepat then mintak tolong I refill kan lagi. Habiskan air, refill lagi semata-mata nak I duduk dekat dengan dia untuk mintak nombor. Kental betul semangat budak berjacket coklat ni.
kawan-kawan budak berjacket coklat mula malu... dan berkata " dah la tu, ko macam orang bodoh tahu tak". I tak reka ye dialog ni, I dengar sendiri. Tapi budak berjacket coklat tak putus asa jugak. I tengok dia tak makan pun pizza sangat, maybe sebab perut dah penuh dengan air pepsi. tak sakit perut ke minum air pepsi banyak-banyak? Tapi akhirnya....................... I bagi jugaklah nombor I. Dia boleh tanye pulak, "betul ke nombor ni?" Eh, banyak tanye pulak mamat ni, I selamba je berkata dalam hati. Tapi dalam realiti, I cakap "cube jela, kalau dapat betul la tu." Then mereka bertiga balik ke rumah masing-masing.
Bila tengok last customer dah keluar, Kelly terus ajak I pergi MCD untuk beli Mc Flurry kegemaran. Restoran fast food tempat I kerja tu dalam shopping complex. So, malam-malam, bila semua kedai dah tutup, lampu dah padam, orang dah takde, I, Mei Fong and Kelly suka main kejar-kejar, lari-lari dalam shopping complex tu menuju ke MCD yang juge berada dalam shopping complex yang sama. Tengah berlari berkejaran, handphone I berbunyi. Kejap je. Misscall je...Menarik..unknown number.....
Bermula dari situ, dari unknown number, sampai jadi known number...sampai sekarang.....dah 2 tahun I bersama dia,
Si sombong itu.
Si playboy berjacket coklat itu.
Si Mr Tigeria ini
and they live happily ever after. THE END.
p/s : actually, bukan perempuan yang call budak berjacket coklat tempoh hari, tapi ayah dia.hihihi..harap maklum.
6 comments:
wahhhhh!!!!!!suwiiitttnyeeee....kekkekeke..mati2 ingtkn cite ni baru lg n lpas u dah ade die..(ke i tertnggal part ni?rasa dah bace dr awl..hadoiii...hhehe)
btw..somell gileee cara kenal...hik:D
sweetnyeeeeeeeee !!! hehe
semoga bahagia mira !!
ooolooo olooo cuuuuuwiiitnyer luv story mory tuuu hehhheheeh
uik,,, i bukan playboy.. or bukan buaya.. but, tiger.... ni la sorang.. x de la nk yg len..
awwww soo sweet honeeeeey. i'm glad tht you gave him your number. =)
kkeh keh keh tahu dahhh ;p
Post a Comment