Saturday, December 25, 2010

blog baru








Writing a blog post is like writing an essay. The difference is, when you write a post, the readers will be your evaluator while for essays,well .....you know who. I selalu tak tahu nak tulis apa honestly. Bak kata En. Tikus "blog baru ke?" amboi..perli...... I tahu lah blog I tak sefofular blog you yang beriban followers tu. My life is not as interesting as others I guess. I am a plain girl, not that pretty yang orang lain akan pandang dua kali lalu ber "PEEEWWWIITT!"minta perhatian, Not that bright yang lecturer akan puji "good girl!" setiap hari and yang lebih sadis, I am not that fashionable yang boleh mix and matchkan outfit lalu bergaya dengan confidentnya di shopping mall.



setiap pagi I bangun, I tengok luar tingkap. biasalah..hati dan mata I ni masih jakun dengan kehadiran salji. Nak usik, tak sanggup.Sejuk.Nak makan...memang bergelora rasa hati ni nak kumpul lalu buat air batu campur, tapi tak sanggup jua. So, I tengok jelah sambil mengagumi ciptaan-Nya. tapi sekarang salji dah hilang..cair semuanya. Mungkin akan turun lagi? tak ada siapa dapat jangka perubahan cuaca di sini.




Sambil bergolek-golek atas katil I tulis post. Agak jealous dengan rakan-rakan yang punya banyak wang untuk melancong ke serata Europe. "What will you do during Christmas?" terngiang-ngiang soalan si lecturer I yang bernama Patricia di telinga. I tersengih je pandang dia. Tersengih sambil berfikir nak kelentong apa ni..............nasib baik Teha sempat jawab nak ke Birmingham...nak shopping katanya. I pun angguk-angguk jelah padahal Birmingham pun I tak pernah dengar.




and now, its already 25 of December. Nak tahu I pegi mana? I still ada atas katil...golek-golek seperti first day of da holiday. Kadang-kadang I pergi dapur makan pisang. Kadang-kadang I pergi toilet tengok cermin. bilik I pun ada cermin sebenarnya, tapi saja je............ rasa nak berjalan jauh sikit.



Rindu pada si dia datang tiba-tiba. Si dia siapa lagi.Mr Tigerialah. Kalau dulu, pantang cuti je mesti si dia dah terpacak di depan Blok 3. Walau kena marah dengan pakguard..si dia tetap nak jemput I depan blok. Tapi kadang-kadang I paksa juga sebab I malas nak jalan sambil berpeluh-peluh dengan kasut tumit tinggi favourite. Bila I di Seremban pun, tiba-tiba je si dia dah terpacak di ruang tamu sambil berborak dengan ibu. I yang sedang terhegeh-hegeh pakai tudung pun kena bebel dengan ibu sebab buat si dia menunggu. Kadang-kadang, I yang menunggu sehingga 2 jam gamaknya akibat kesesakan lalulintas (jam). Ibu boleh pula mengusik " dia pergi jumpa perempuan lain dulu ni.." dan akibatnya....2 jam jugalah I mencuka di dalam kereta si dia. nasib baik pandai pujuk......tolak 1 jam 50 minit.








Sigh..........I rindu saat itu. rindu saat di tunggu dan menunggu











4 comments:

Encik Tikus said...

haha bukan macam tue lahh maksud kita, sebab blog yang di singgah tadi lain bebenor dengan blog yang selalu di kunjungi ohh, heee =D

MTM said...

owh..salah paham di siang hari..baru nak tacing...hehe

ifah said...

kali ni mira tacing2 meh..sabar ye..penantian akn mmbawa sebuah kebahagiaan..cehh :)

MTM said...

ifah : penantian itu pahit..chewah =P